Jun 5, 2013

Salam Sivik tak berapa nak sivik sedunia !

hye uolls. eh tak sangka wujud lagi kan blog tak berapa nak blog ni. nyawa nyawa ikan je aku punya blog  ni. dah tak berape nak menaip aku kan. so gini la jadinye. tapi sebab dah hangin sangat rasanyta perlu dikongsi bersama amaka aku kene POST ! okkay meh dekatkan muka ke lappy, bulatkan mata. dan tolong baca dengan wajah yg penuh dengan maksalah !

Mula cite cemgini, okkay hari ni berakhirlah cuti aku 3 hari tok diskas thesis ngn lecturer. So balik naik bus ekspress sakit tengkok. (TRANSNASIONAL). Aku amek bus direct ke Puchong. So naik la bus tu n bentinye kat Tesco Puchong. Da sampai, aku tengok Angah aku tak sampai lagi. Aku bajet Angah aku takkan sampai amek aku sebab dia tidur mati tak sedar donia ni kene bomb !

Dah dekat berabad jugak tak guna bas tabung sengget sengget ni. sbb slalu drive. if amek public transport pon naik train. Tapi jadah ape nak naik train kan kalau nak g Putra Perdana celah mana ade train !

Pehtu aku naik, wahhh ekon kuat, ha dapat single seat, bangla pon tengah tak berapa banyak ni. naik naik ! elok aku dudok bedesuuuppppp laju perginye. amboiiii bonggol ape sume tak payah brek hentam je kan ! 

Maksalahnye bile pemandu n kondukter ni tak sivik ! cam nokhorommmmm. die bawak cam mabok. laju nak mampos. org tekan loceng die tak benti, orang baru nak turun bas die dah jalan, orang baru nak naik bus, hey die dah tutup pintu. Yang paling aku marah bile ade sorang autie India ni dia baru nak turun bas, dah le kaki ketor ketor, elok baru mlangkah stapak dah bas tu jalan ! woi mau tak tehuyung hayang auntie tu. autie cina plak mujor lagi siket je nak tejombab. lgi siket je nak cium lantai ! tu bodoh ke ape? aku duduk dalam bus tu memnag sakit mate je. riso jugak kalau ketumbit mate ni sbb nengok perangai METROBUS bodoh ni. *eh kaitan sangat ngn ketumbit*

Dalam hati"siap la driver ni, kang sampai tmpt aku nak turun aku sound kau, pls drive properly or I'll raise complain to yr company n stress your attitude! okkay nak cakp. kang aku cakap !
Tak sempat nak cakap, sampai kat Batu14 ade dalam 10km lg kot nak sampai Taman Putra Perdana, kondukter perasan camtik tu cakap "okkay turun turun ! bus sampai sini je. tak masuk Putra Perdana !

aku pon sekoyong koyong turun dengan sebal and bebal ! marahnyaaa dalam hati ni nak mengamuk ! rasa nak bakor je bus buruk tuh ! mancis api plak takde waktu tu ! Pastu dekat sejam aku tunggu bus, rapid pun sampai. okkay kali ni tak teruja dah. sebab? okkay semua humat berator nak naik bus. and beri laluan pada yang nak turun. 'KITA KAN SIVIK' ! elok je turn aku nak panjat tangge bus, ade sorang lelaki gemok langgar n redah je aku untuk potong line ! hoiiiiiiii !!!! sakitnye hati..aku pun tekejo kejo nak tgk muke lelaki gemok ni. ropenye penkid gemok ! haaa kalau lelaki mesti gentleman kan? ish ish ish kenapa lah kau tak tau base sopan kan? dalah masa tu die sebok betelepon. yg aku dengo sembangnye "bha..jgn risau bha aku rus bha segala" kepalaaaaaaaak kau bhaaa ! sobab kau aku nyaris tak tejombab jugek ! dalam bus menyirap je tgk die. tak abes abes betelepon. pastu dalam hati aku pon sumpah jugak die. dalah penkid gemok pulak. bukan aku jahat nak kata fizikal die bha. tapi aku geram bha. dia langgar aku w/o say sorry bha. puiiii! Masyarakat, hidup kat luar sna tolong sivik siket ekkkkk


Nak call Metrobus and RAISE COMPLAIN !

1 comment:

mia_tajuddin said...

gedikkkzz lama x update entry..winduu..ahakkkzzz ^_*