Oct 10, 2011






sesungguhnya aku tak mampu .
Hidup ini, Allah tak pernah lupa dan tak pernah henti dari menguji hamba yang dikasihnya. Mungkin ada yang kuat, ada yang lemah dalam sabar menerima ujian itu..

Kita seronok bergembira, Allah maha adil, turunkan kita kegembiraan yang ibarat seluas alam ini banyaknya. Namun Allah juga datangkan kesedihan yang berganda ganda dari kegembiraan tadi, menagislah hati walau sebanyak air di lautan, namun, segalanya berbalik kepada allah, samada dibantu hambanya, atau tidak.

bercerita tentang cinta memang indah... tapi untuk menghadapi cinta itu sakit.

Aku kira, aku sudah cukup kuat, tapi seorang demi seorang yang melihat aku, cuba mendalami kisah sebenar aku. namun aku bukanlah hamba allah yang kuat untuk menceritakan kedukaan dan kehibaan yang bertamu di hati ini. cukuplah sekadar mereka merasa kalau hati ini sedang menangis. teman teman terima kasih kerana sudi menjenguk aku. dalam keadaan aku begini, kata kata semangat kamu semualah yang memujuk hati ini,,

maaf. memang blog ini bukan ditulis "blog aku diary aku"
tapi saat kita bersedih, mungkin menulis mampu merungkai hati yang kecewa. maybe.

2 comments:

Unknown said...

hi! nice blog. jom exchange blog link! keep in touch ya. tq gurl!

hazirahanum.blogspot.com

Anonymous said...

lely, ak sebak bca post kmu nie tmbh pulak gn background lgu nie. sabar la lely. mungkin ad hikmah d sbalik semua ni. kwn-kwn ada tuk kmu lely...ak syg kmu lely...