Apr 29, 2012

Bila Hati Berbicara


Salam hati ke hati ya ukhti ;')

Lely kirimkan bunga bunga zikrullah buat kalian. baik yang sihat, yang tidak berdaya, mahu yang sedang berduka juga gembira ;') 

Tiade apa pun yang penting update kali ini, cuma saat ini hati menari nari nak luahkan ape yang buat kite sebak. Kalau saja orang faham, kenapa kita macam ni, mudah kan. Tapi bukan lah Lely nak perihal luar dan dalam. Nanti dituduh yang bukan bukan. Tidak mengapa lah, selagi ada nyawa Lely simpan, Allah Maha Pengasih, andai Dia sedang membaca hati ini, Lely, pohon agar dilindungiNya dari hanyut oleh sebarang kehibaan. Be strong...

Dear awak, 
  
  Hening subuh kian terasa, riuh cengkerik kadang terdengar, buat saya rasa makin jauh kita pergi.
Jika dulu, ini lah waktu terbaik kita meluah rasa, tapi hari ini dan InshaAllah hari hari yang mendatang, waktu ini lebih tertumpu untuk saya, mungkin juga awak berbicara denganNya dari hati ke hati.


    Dalam tenang yang diharapkan, tumbuh gundah yang menyesakkan dada untuk bernafas. Sudah hampir lama kita begini. Mohon petunjuk, agar segalanya berakhir, tanpa dendam, malah lebih ikhlas melepaskan.

dear awak,

"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa 

yang tidak mempunyai masa depan ."

I give you back this word.  kenape?

Kalau dulu, bila mana saya langsung tidak mampu berdiri sendiri, saat sendiri meneruskan 

hidup, saye terlupa, rupanya masih ada insan yg hadir dalam diam yang ikhlas membantu 

saya. Tapi kerana degil, amarah, putus asa, saya pergi tanpa hargai bantuan tu. kejam.


Dear awak, 

"saya jahat, sudi ke awak?"

Tak pernah terlintas dibenak hati ini untuk percaya kata-kata tu. Kerana yakin seseorang tu mampu 

berubah, maka saya terus memilih untuk bersama, biar jahat pun, awak masih mampu buat saya 

senyum.

Awak, 

    saya degil kan ;') saye pergi awak tarik. saye pergi awak tarik. saye pergi awak tarik. dan yang 

terakhir, saye cube pergi lagi...sampai awak langsung tak tunjuk muka untuk tarik saya..Pengajaran 

buat saya.


Dear Lely, 

today you realized by all LOVE RULES right ? biar pemaaf mana pun kamu tika itu, tapi jika masih ada 

amarah menumpang jiwamu, kau takkan bisa tenang sayang.

From now on, be careful, 

walaupun dia tak tunjuk dia sayang kamu, tapi kamu takkan mampu hakimi hatinya. kamu bukan wali 

yang mampu membaca hati orang. walhal dia sayang kamu sangat sangat. 

so things you need to know now, get a life. Coz he is not for you anymore. And you not welcome in 

his life anymore. 

Agak agak lah kan, antara harap dan pinta, mane lagi mulia?

semoga Allah dengar doa aku.

kalau betul hidup ni dah tak lama, mungkin itu jua kita tidak dijodohkan. bimbang kau akan rasa 

kehilangan yang lebih dalam.

p/s ; tiada kaitan mahu yg hidup jua sudah pergi ;')

keep tears, Lely.

Apr 26, 2012

safe and sound :)


Safe And Sound Lyrics
by Taylor Swift Ft. The Civil Wars
[Taylor Swift]
I remember tears streaming down your face
When I said, I’ll never let you go
When all those shadows almost killed your light
I remember you said, Don’t leave me here alone
But all that’s dead and gone and passed tonight

Just close your eyes
The sun is going down
You’ll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I’ll be safe and sound

Don’t you dare look out your window darling
Everything’s on fire
The war outside our door keeps raging on
Hold onto this lullaby
Even when the music’s gone

Just close your eyes
The sun is going down
You’ll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I’ll be safe and sound

Just close your eyes
You’ll be alright
Come morning light,
you'll be safe and sound....






sungguh malam ni aku hampa. Ape yang aku harap malam ni, tak muncul mucul. Lely be strong dear ;')


Apr 24, 2012

Rusa Maroon :D

Assalamualaikum :) salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam Perak Aman Jaya, dan salam Uitm :)
hye peeps, hujan pulak petang ni.. :) syukur Allhamdulillah :)


so guys, buat ape tu ? ade aktiviti ? hee foreverAlone mcm Lely ni biasa lah..takdek la aktiviti lain kan. kalau tak duduk surfing tenet, buat keje. kalau tak buat keje. duduk rumah diam diam. Family oriented la katekan. tp tak jugak. Sibuk memanjang kan :) sokey :) this a way you to have a life :) yang lebih membahagiakan. and the way you heals your pain slowly :)


Back to the post title, kenape Rusa Maroon ? nak kate history nanti jadi mcm pain pulak :) so anggapla ni cume contoh pada mereka yang pernah rasa :) pengalaman kan..indah jugak, at least penah rasa, even now  all is gone :) keep yr tears Lely. cause everything happens for reason. keep optimistic :)


The story begin when I was at Tesco, Sri Iskandar. While  I am keep working for my department, Yakult :) there's a couple pass by me, even I am not looking at them, but there's a pampered sound :)


"saye kurus....awak je lah "


OK ! Lely sentap boleh ?


pasaiipa ?


sebab dulu Lely pun slalu kene kate macam tu dengan 'dia' :( mentang lah kan die keding ! suka suka die je nakkatewkitew lagu tu :) but it's ok..itu lah yang buat Lely tersenyum tiba tiba hari ini....however, mase time kerje tu, bila dengar macam tu, memang rase nak tampar lelaki tu, sebab buat I touching ;') sampai rase, tak fokus terus nak kerje. At last, Lely pergi surau, to find the calm heart :)
Then, I keluar, on my way to Surau, Lely lalu parking belakang, then I saw something that grab my mind out of my life now !



Hey ! ape salah Dengan Rusa ni ?

ciss bedebah bah bah bah...hanye kerane rusa ni kau nak beria ria falling down to the earth?
gonjeng!

Lely geram !! sebab couple yg Lely nampak  dalam Tesco tadi sedang bukak pintu van ni. then which means...
DUGAAN :)
atau
SELINGAN :)

dulu, Lely pun macam ni. nak tergelak puun ade tengok couple ni kan, jalan berdua je, kete ha. punye le besar ke hamat :)
Macam ade bawak barang neige je kat belakang tu kan ?
mungkin la couple tu bawak kelape, pelam, limau, asam keping kat belakang boot Rusa ni before sampai Tesco. hee
kenape ?
sebab nak dating, takdek duit so, bawalah hasil tanaman mak abah ni dulu, t g la singgah mane mane pasor peraih kan le pade peneige :) hikhikhik..
TAKBAEKKKKTAWWW :)

kau kate orang . kau tu dulu ?
hee sebab tu lah Lely rase mcm tersentuh tgk couple tu, sbb kami same paten :)
Dulu Lely pun g date naek RUSA MAROON !
BESAR kan :)
HEBAT kan :)
CANGGIH kan :)
ala ala ALPHARD :)
paling best, naek berdua je pun..hee sali toleh belakang..kosong :)
angin punn kuat :)
dan lah time tu buat aksi manja manja tudung terbang, remos die mengurai ngurai. haha.
TAKBAEKKKKKKKTAWWW :)

sampai JUSCOTEBRAU taw RUSA MAROON ni :)
da la number plat RUSA ni ade sentimentel value time tu :)
btw, it's just a past. that past is a past those wont ever come back :)
so, please lely, remain it. forALLever:)
kerana ini yang bisa menguntum senyum mu tatkala rindu :)


walau terputus sesuatu hubungan itu, masih ada kisah lalu yang mampu buat kita rasa sedikit bahagia.
for the couple yang kat Tesco tadi, Lely rasa itu cume kebetulan, same mcm life Lely dulu, and mungkin jugak Allah nak test..nak tgk, haa. kau menagis tidak.kau menagis tidak.
*crying inside*

syukurla..couple tu ade kerete besar tuk dating :) hik3...
untuk Lely ?
keep inside. fold it away :)
Masing masing ada cita cita masing masing :)
don't ever let yr past steal yr new hopes !


....RUSA MAROON....
THANKS :)

Apr 20, 2012

Kalau saja Dia tahu hati ini..Allahu Allah ..

Entah kenapa aku yang menangis bila tahu berita ini. Entah aku simpati padanya atau diri sendiri ? Ya Allah masih ada sedih kah yang bertamu dihati ? Kenapa perit hati nak terima semua ? Kenapa kaum kaum hawa ni tak sehebat Adam.....

Time aku kene, macam macam nasihat, kata semangat yang aku dengar. Biar sudah tuli telinga ini aku dengar, tapi aku masih tak kuat nak terima kenyataan yang aku buklan lagi sesiapa bagi dia. Entah selama mana lagi perlu aku tunggu. Dan hari ini, hari ini Allah sendiri yang ubatkan hati aku., Luka yang terhiris, semuanya kerana Allah. Dan itu jugalah harapan aku untuk sahabatku. Saat duka begini, kembalilah kita kepada Allah. Hanya denganNya hati tenang. Hanya denganNya tempat mengadu segala kelemahan ini. Dan kepadaNya untuk meminta segala petunjuk..doa..AllahuRabbi....Kau Maha Besar....

Dear cek Ah,

Saya doa awak sentiasa diberi kekuatan hati. Look forward dear, biar harini kita lihat semuanya berakhir, namun tak siapa tahu keajaiban Allah sayang. Jangan bersedih kerana semuanya berakhir tanpa sempurna seperti yang kita rancang. Ingatlah, jika ini ketentuanNya, maka ALLAH sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik buat awak ;)

Jangan bersedih sayang, jika hari ini awak rasa membuang masa bersamanya, mengertilah awak telah miliki satu pengalaman hidup yang bermakna  dalam bercinta. Dari sini awak belajar berkorban. Dari sini awak belajar untuk memberi hati . Dari sini awak kenal duka. Dari sini awak tahu jatuh bangun dalam berkasih. Jangan pernah mengeluh kepada Allah, kenapa begini nasibmu sayang. Kamu insan yang bertuah.
Allah datangkan kamu kebahagian seluas alam sebelum ini, namun Allah tak lupa untuk turunkan dugaan padamu. Dalam beratusan ribu umatNya, sedarlah, Allah sedang meminta kamu berpaling padaNya sebentar..Allah sedang melihatmu, Allah mengujimu.

Awak, percayalah..inna ma'al usriyusra..."sesungguhnya, bersama kesusahan itu, ada kemudahan"



 Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan kerana dengan kesulitan itu yg akan membuatkan jiwa kita  kuat, tabah  dan tanda Allah kasih kpd kita...
Pesan nabi buat umatnya “La tahzan innallah Maana”
 Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!
“Dan Jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” QS Yusuf (12) : 87

Ingat, kita wanita punya nilai yang sangat mahal !Jangan kita terus lemah tak berdaya untuk moves. take your steps dear, moves on. Even now you can be more strong without him ! You have everythings that he's don't !

people around you always prays the best for you...keep moving on !
don't ever let yourself trapped in past. Realized, that life has patiently waiting for you.
kau kaum yang istimewa, percaya suatu hari nanti, kau pasti jejak bahagia.
yang lepas biarkan berlalu, percaya qada' qadar dia bukan milik kita, dan belum tentu lagi kita takkan miliki dia, jangan taruh harapan padanya, namun letak doa mu kepada Allah. Kerana dia mendengar segala bisik kita, dan Allah pasti makbulkan doa hambaNya selagi halal dimatanya. 
Biar hari ini kita menangis ibarat hilang segala, agar kuat kelak dimasa depan. biar padu langkah itu 
nanti.

dan jangan sekali kita semat benci pada yang meninggalkan kita, malah menyesal dengan segala kenangan yang kita cipta bersamanya. kerana suatu hari nanti kenangan itu lah yang menguntumkan senyuman kita, dan kerana dia jugalah, kita pernah bahagia selama ini bukan.?
muhasabah diri, setiap pasangan ada lemahnya. ada silapnya. maka berusalah untuk lebih matang, baik dimasa nanti.

good luck cek Ah. weloveyou ;)
take a breath.
raised yr hand, and said ALHAMDULILLAH.
banyakkan berzikir.
ingat, recite, recite, recite, untuk mohon redhaNya, dan pujuk hatimu itu sayang :)

Apr 19, 2012

Tak pernah goyah , Tak pernah jemu

Dulu kita sama sama happy :)
kita sama sama kongsi idea :)
kita susah sama sama :)
kita senang pun sama sama :)
tapi semua tu tak selamanya ;)
segala yang dirancang menjadi samar..
tenggelam tiba tiba..
entah mana silapnya..
bukan tak usaha kan, jadi lebih baik kita fikir optimistik.
biar apa pun dugaan yang dilalui hari hari yang berlalu menjadi lebih kuat..
Langkah kaki disusun kemas, agar tidak tersungkur lagu kelak.
dan hari ini aku lebih berhati hati dalam mengenal hati insan ;)
biar hari ini kita cuma kawan, takkan ada erti kenangan lama mengguris hati..
malah ia lebih mampu buat diri ini tersenyum.
dan seharusnya ku panjat kan syukur.
aku kenal bahagia, aku kenal derita lahir aku sebagai SETIA...
hee..nak luahkan rindu tak mampu..bimbang tak layak..
dan ternyata aku rindu..
biar diri ini terus bersama kenangan yang pernah wujud.
sekurangnya mampu kurangkan rindu ini..
I WISH YOU ALWAYS BE FINE BESIDE HER.


Allah, jika benar doaku yg dibisikkan kau dengar, ALLAHAMDULILLAH, jika tidak, aku akur..aku tabah menanti yang terbaik jalan hidup ku dr Mu.

LARA..

masih ada yang menghargai :)

Assalamualaikum Ya Ahi Ya Ukhti :)

hye peeps :) for the first thing, lely wish selamat bercuti to all uitm Perak satff and students :)
eh kenape Perak je ? ok this is due to the Hari Pertabalan Sultan Azlan Shah :)
 Then i would like to express my appreciation to all of you friends :) for your acceptance towards me :) its miracle :) Syukur Allahamdulillah.... and again selamat bercuti jugak untuk mid term :) syokk la kan..

Dalam kite berkawan ni kan, kadang kadang kita tak tahu sejauh mana sahabat kita suka kawan dengan kite..sejauh mana ikhlas mereka dalam bersahabat dengan kita. Suka duka kita, tak lupa sahabat jugak adalah orang yang same same yang beri dorongan pada kita kan. Alhamdulillah kerana masih punya sahabat. Maka itu, hari ni Lely rasa menghargai hati setiap sahabat itu adalah sangat penting :) sayanglah mereka.

....Dan sebenarnya dalam kita tidak sedar ada yg menghargai kita.....

kenapa Lely cakap macam ni?
sebab selama ni Lely igt bila lely da jatuh, takda lagi yang pandang Lely..tp Lely silap, masih ramai yang menghargai diri ini :)

Bermula dengan kisah disuatu hari, yang mana Lely rasa gila lah Lely saje gedik gugel name sendiri dekat search engines chrome.

L E L Y S H U H D A S H A A R I
lepas gugel ni lely jumpe lah banyak result yang ada @nama lely. yang paling best bila lely tgk satu blog ni....

klik bwah ni :)




Sumpah, lely tak pernah baca blog ni..tapi kenapa ada post pasal lely ?
Baca punya baca, last last Lely sendiri bergenang air mata. Hey I never know you wrote for me :) suci hati mu teman :) you make me miss you in now.......lama lely berfikir..benarlah Allah itu maha adil..pasti ada yang lebih baik dari apa yang kita miliki hari ini.

Lely tgk lagi result yang ada nama Lely..then once again, Lely jumpe blog ni :)












lely terkejut lagi..that time cume mampu tutp mulut dgn tangan coz tanak terjerit. hee..korang ni suke kan bg heart attack kat lely :) Lely terima kasih sangat kat korang..i mean, korang rasa jugak kan hadir lely dalam hidup korang :) tanpa korang sape lah lely hari ini...thanks sangat :)




Dalam hidup tiada sempurna, Kadang khilaf kadang terlupa Jangan-janganlah putus asa , Ampunan Allah selalu terbuka..


Tak banyak yang lely nak katekan, lely rasa hidup ni mudah kan, kite yang corakkan life ni samada kite nak pilih hidup yang baik ataw tidak. So kite sendiri yang kene bijak in life limitations. Kalau sebelum ni da terlalu banyak salah yang kite buat sampai kite rase kita tak layak hidup kat dunia ni, ingatlah, Allah sedang pun mainkan brain kite untuk kite fikir sila berubah dan pilih lah jalan yang penuh dengan RedhaNya :)

dan kamu semua, lely terima kasih sangat :)

Thanks Allah, you save me now...




p/s korang hebatkan, curi gmabr lely..lely tak pernah tahu pun:)
siap tepek  kat blog. nah amek ni jugak !
address my appreciation to both of you and friends :)


Aim, me, Husin :)



kina, iloveyouB :)))


gIRLS, you cheers myDays :D

I am gonna miss you gegerl:)

EJA :) thanks be with me ;)




Apr 18, 2012

doa ketika kamu mendengar petir.

Allahumma laa taqtulna bighodhobika walaa tuhliknaa bi'adzaabika wa'aafinaa qobla dzaalik
.....Ya Allah, janganlah membunuh kami dengan kemurkaanMu, dan janganlah memusnahkan kami dengan siksaanMu, dan selamatkanlah kami sebelum itu....

Universiti teknologi mara kampus sri iskandar : Bandar Sidec perak. 4.15pm .

Assalammualaikum, tak banyak yang Lely nak share same, tapi cukuplah kalau Lely katakan ia satu ilmu yang berguna untuk kita sama-sama kongsikan. 
hujan lebat di perkarangan Bandar Sidec, kilat sangat kuat...guruh berdentum tanpa henti lalu hati kian resah menunggu hari cerah kembali. Ya Allah di dalam rahmatMu ini, kuselitkan doa, lindungilah kami hambaMu, dari segala malapetaka. 

peeps, so bila da macam ni, jangan lah kita sedap lena ea.. cuba bangun, ambil wudhu dan berdoa. banyakkan berdoa, kerana waktu hujan jugak, adalah merupakan diantara waktu yang mustajab untuk kita berdoa. 

p/s takut sebenarnya, kilat kuat sangat mcm nak masuk rumah. rasa detak sampai jantung..YaAllah lindungilah aku yang kesorangn ni ^_^




Mata kanan Berkedip @ berdenyut denyut

Assalammualaikum, salam Perak Aman Jaya, salam 1Malaysia dan salam uitm :)

Lega hati malam ni, tak payah lagi nak paksa mata kan :) kalau tak dr minggu lepas full je ngn Test, quiz, event = tido dalam kelas. haha !

Ape yang Lely nak share malam ni pun, macam takde kene mengene pun ngan post title kan, but as long as I will mention bout MATA sat g, so kite kate je la ade kaitan. ok ?

Since Lely tak tido tido lagi ni, Lely gugel la tadi ape maksud kalau mate sebelah kanan ni asek rase berdenyut- denyut ? huishh terganggu gak ea, igt rase cam tadehalll.. tapi kalau da hari hari kan mate tu berdenyut, *eyyy pehallll*

So bile da gugel, most of the resources yang Lely jumpe ,
...*maksudnye nak berjumpe dengan orang jauh*....

....haiii..berapa jauhlah agaknye kan orang tu. sape la agaknyee....

padehall tu sume kate kate org je..cube gugel dari aspek sains pulak ?

..nasib lah tak jumpe jawapan, tak payah la nak type segala kan :)

so am i going to meet somebody far far away then ? hee..keluarga lah agaknya kan :)
tak pun mata ni memang da letih sangat kot..direct minggu ni and last week tido kul4 pg. haha.. 

makanya, jagalah kesihatan, elakkan dari bersengkang mata ..*kalau terpaksa, takpa*

nak kate banyak menanges ? haha.. jarang dah :) sentiasa berdoa untuk kebaikkan :)

.......Dua Jenis Mata......
Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi SAW bersabda yg bermaksud :
"Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka; mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam mengawal jalan Allah."

-p/s : adalah menjadi sesuatu yang tercela apabila menangis berserta raungan yang kuat kerana hilang harta, kemnatian yang disayangi dan sebagainya :) tabahlah perawan hati ...

Apr 16, 2012

Mahal Bangunmu (:

Assalammualaikum dan salam 1/3 malam, salam Perak aman jaya , salam satu Malaysia dan salam uitm (:


 Malam ni ? owh masih seorang dibilik...tiada peneman lagi (: sabar belum waktunya gadis ^_^
(i just means, where is my roomate, not "soulmate") * NEVER MIND*


Well, setelah lama berfikir dan diasak, at last nundiaaaaaaa FB lely aktif semula. Tidak mengapalah..yang lalu, biarkan berlalu, jangan biarkan terus bertapak didada kan (:
teruskan hidup dengan mohon jalan yang lurus dariNya, agar dapat menggapai RedhaNya (: Amminnn...


Ok, lely bukanlah nak cerita hal dosa pahala waktu ni, tapi selebihnya nak cakap soal MAHAL. Atau dalam kata Jawanya EXPENSIVE. However, tak jugak berkaitan dengan harga barang runcit atau harga petrol apelagi harga tudung bawal  satu dua tiga empat tona (:   * tgh inn kan la ni *


When I was in IBM lecture, i just have a feel.. hello Lely you just gain something new. Hari hari lecturer kamu bakar semangat kamu. Terima kaasih sangat sangat.


This story very special dedicated to... WOMEN, GIRL, SHE, or belong to HER (:  enjoy......
______________________________________________________________


Miss Haniza selalu kate, nowadays women can live without man, but man can't live without women.
aku tak pasti pun berapa jauh kebenaran statement semangat miss ni. I have no ideas, no comment. Sbb belum ada pun lelaki yang menangis tak hidup dengan aku.  *admit it you were not lucky. ya whatsoever*


Eja : Putus ?
Aku : ahaa..putus..


Eja : Gilaaa??? kau da invest banyak kot kat dia. putus ?
Aku : Samalah, die pun invest banyak untuk aku..


Eja : Tapi kenape? tak sayang ke?
Aku : Bukan jodoh..


Awak, buat  ini cuma itulah jawapan yang mengisi segala pertanyaan k, no more create questions due to the answer, fenat nak fikir fan ?


Awak-awak yang kat luar sana, janganlah bersedih andainya hari ini kamu mengalami situasi ini. Ini semua pengalaman hidup, setiap perpisahan itu ada hikmahnya. Jangan bersedih dengan perhubungan yang gagal. Ini kerana Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat kita..


Jangan menyesal dengan perpisahan hari ini, sebaliknya menyesal lah dengan pertemuan sebelum ini. Kerana pertemuanlah yang membawa kepada perpisahan. Kerana setiap pertemuan ditemani perpisahan, biar tidak berpisah secara fizikalnya, namun yakni bahawa Allah mengambil kita suatu masa nanti kelak bukan? maka berpisahlah jua jasad dan roh serta terputuslah jua hubungan yang dicipta didunia tadi...sekejap shaja bukan.


Wanita, kamu tu mahal. Sebab apa ? Firman Allah:Terjemahannya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah telah tetapkan. (An Nisa`: 34) 


Ape yang terjadi hari ini adalah takdir hidup, wahai wanita yang sedang berduka,..tapi bukan takdir hidup yang meminta kamu untuk terus tewas,mengalah,atau pegi mati. Namun bangunlah...jika tidak untuk orang lain pun, bangunlah kamu untuk diri sendiri. Takpe, hari ini kamu dia tinggalkan, kamu bentuklah hidup baru yang mana lebih baik dari ketika kamu bersamanya dulu.
Majukan diri. 


Kalau Adele kata : 'Never mind i'll find some one like you'.........


Tak usahhhhh gadis gadis dan wanita hati renyokk (: !!! nape ? itu namenye nak cari masalah lagi la kan? so please twist that words.


"never mind I'll find some one BETTER than you" ni baru lah mulakan hidup baru namenye (:


Hari ini perempuan da boleh pegang senjata, dah boleh bawak kereta 'Myvi' (: dah boleh jadi Rektor, neige, ape nak bingung? belajar je pandai pandai then grab every opportunity in your life to have a better life.




Betul, masa mula-mula pisah tak boleh terima ape pun kan, nangisnangisnangisnangis... tak pela, if that way can less your burdened in your heart, go on. As long as you tak lupa nak bangun balik. Yes you take time to stand up. Tak pe lah, kite sendiri maklumkan, masa mengubah segalanya...ambillah masa untuk bangun, agar sekali kamu bangun tegaknya kukuh, langkahnya padu (:
 Ingat Allah sememangnya takkan berhenti menguji hambaNya, namun Allah tak kejam untuk terus biarkan kita terperangkap dengan hati luka itu.


Hari ini, populasi kita wanita ramai..betul alamak da kena bersaing pulak kan? dalah lelaki cipot, tak berape nk hebat pulak tu..apehal? so jadi bini no 2, 3, 4 lah? nauzzubillah...minta dijauhkan, namun jika itu jodoh, trima seadanya YaAllah.


So once again, I remind you, *diri sendiri sgt2 jgk* belajar rajin rajin, kalau kamu jadi mcm ni pun, biar kamu ada kerja besar, gaji besar, cukup harta benda, dihormati, agar kamu terhindar dr rasa tidak di adili penuh oleh suami kamu. tapi..ni semua kata aku.


Kalau miss? you nak I kan? so ape sahaja yang mak I da pernah invest dalam membesarkan I, you have to pay back.! You nak amek I dari mak I, so takkan you senang senang nak amek macam tu je? bayarla. mak I da habis berkoyan-koyan duit tok besarkan I, takkan you nk i senang2 mcm tu je? even my braces you need to pay back. Jewelry I mesti serba satu. owhh... 


so, mcm mane ni? ini yang die panggil expensive. yaAllah, sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui segalanya...mane yang perlu mane yang tidak. buka hatiku agar aku dapat memilih yang terbaik ...



Apr 10, 2012

Aku hormat kau selagi kita kawan (;

Selamat pagi (: Assalammualaikum yahabibi (:

Sunyi sendiri lely saat 1/3 malam melintasi masa le pagi.. tapi mata masih tak mahu lelap. Bukan tak mahu, tapi sengaja sebenarnya. Maklumla, test dan kuiz yang bakal memenuhi jadual minggu ini. Walhal minggu ini ada OPKIM( progaram anak-anak angkat) so which means, lecturer tak dibenarkan buat any test or quiz taw minggu ni. Tp lect IBM tu semangat sangat, so biarkanlah (;

Sahabat, mesti kamu semua dah seronok dibuai mimpi kan :) lely jugak yang tidak lagi. Masih banyak yg tak dihabiskan lagi, so cannot sleep dear :) ape je lely nak share pagi-pagi cenggini?

Lely ada kawan, pernah ada kawan.
Dan hari ini masih berkawan. Ramai sangat kawan lely hari ni. And definitely, those baik baik belaka. Walaupun kenal tak lama, but you all grat guys :)

Dalam kita bersahabt mustahilkan kita tak pernah buat org marah? kalau betul tak pernah lely ucap Allahamdullilah. Yela bukan senang taw nak jadi setaf ni.

Kite cume manusia biasa, yang sering melakukan silap kan ? So lely dah buat kawan lely tersinggung.
SEBAB? tade tak perlu la nak perihal sgale kat sini.  orang lain mungkin tu cume hal kecil. Tapi bagi lely, as long as boleh buat die merajuk dengan lely, girls you hurts her ok ? 

so your steps?
 1. bile kite nampak situation ni, dimana kawan kite less talk dgn kite, moody, tanak pandang kite sgt, so we identified la what problems it isn't?

 MAKANYA ?

2. tanye die, "awak, saye ade buat salah dengan awk? kalau betul, saya minta maaf, saya tak sengaja singgungkan hati awak"

TAPI....

kalau kawan tanak mengaku. Girls...stare at her eyes..looking her eyes for a long time. Did she being honest or what?

JIKA YA ?

3. teruskan dengan niatmu tadi, minta maaf. katakan sejujurnya yang kamu tidak sengaja untuk melakukan melukakan hatinya. Dan jika benar ada salahmu biarpun kemenangan tidak berpihak padamu, cubalah turunkan ego itu untuk minta maaf......suarakanlah "awak....maafkan saya, mmg benar semua tu salah saye, kalau tak kerana saya pasti awak tak tersinggung kan. maafkan saya kerana tak pandai jaga hati awak "

Awakkk....tak rugi kalau kita turunkan ego kita hanya kerana beri ruang untuk KEMAAFAN..

*Jangan bersedih, maafkan orang yang menyakiti anda itu lebih baik :)
...dan sesungguhnya Allah telah mengkhabarkan kepada kita tentang ubat dan penyembuhan dari penyakit ini, sebagaiman didalam surah Ali-Imran ayat 134 :
"sesungguhnya orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan)orang....
...jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang yang bodoh....
Al-A'raf : 199

Percayalah, Allah akan lebih senang kalau kita begini, malah Allah akn turut sama membantu kita kan :)

4. Bila dah berjaya close deal, so bear in mind with yourself. Kawan pun da bgtaw ape yang buat die tersinggung, so kamu kenelah ambil langkang untuk perbaiki diri kamu dr terus buat kawan kamu terasa. Biarpun dasarnya kamu rasa salah kamu tak besar mana, tp as long as die kawan kamu, why not kan ?

5. Lastly, implement the best approaches to satisfied them. Why? for sure lah dwg mrajuk coz ade yg tak satisfy kan?

Bila dah ada sume ni, baru lah kite dapat nak interact semula dgn kawn kite...it is mean, kite dah close deal lah kan dengan kawan kite. da recognize problem, take correction action, implement solution. 

HOW ?

gurau2 jelah semula ngn die kan. apedehallllll :)

bile kite buang ego untuk minta maaf, mungkin akan ada pihak yang aggp kite macam , :BODO laaaaa..
did you need to mention? peganglah kata-kata ini ea kawan.. "biar kite nampak bodoh sbb mudah nak minta maaf, tp biarlah kite terlihat seperti yang matang disini. dgn lupakan amarah, sakit hati kite akan lebih nmpak mahal disisi Allah..dan akan lebih dirasai kehadiran ini dengan keikhlasan  kite...

Makanya, jagelah amarah, ego, panas baran, suka show off ape bla bla bla..blablablalaaaaa

RESULTS?

Lely dah pun bertegur dgn sahabat tu. sayang mcm adik bradik :) Lely minta maaf awak, kalau je malam tu lely dengar ape yang awak kata, lely pun takkan minta awak balik :)

untuk semua sahabat lely, mana kita pergi pun igtlah, setinggi mana pun kita hari in, sehebat mana pun kita waktu ini, sentiasalah memandang pada orang dibawah kamu, Agar kamu lebih menilai dri kamu :)


Dalah, lely nak sambung study balik k :P

"YaAllah,,,,di satu per tiga malam ini, aku serahkan pdMu.. Kau lindungilah hati ini dari terasa tersinggung dengan setiap kata kata mereka mahu jua dalam setiap perbuatan dan tingkah laku sahabatku.....Namun kau lindungilah jua hati ini, dari pertuturan agar tidak mengeluarkan kata2 yang mampu mengguris hati kawan2 ku mahu membenci ku. sesungguhnya, aku tidak mahu mereka berduka kerana sikapku.. Aku sayang setiap sahabatku..biarmana pun ada sakit di hati kita, jangn skali kita tuai benci :)

Lely sayang semua....rindu semua....

sahabat, kau lah teman sejati. semoga Allah merahmatimu syg....
so selagi namanya kawan aku, aku hormat kau sebaik yang mungkin. Jadi, jnganlah kite rasa "tak cool " la dooo nak buat semua ni :(
kite didunia ini semua sama. yang membezakan kita cuma amalan kita..dan yang baik itu dtg dari Allah, saya mengaku yang buruk itu mmg semua salah saya. saya minta maaf pada kawan2, krn tak pernah mampu pun nak jadi sesempurnanya insan bergelar SAHABAT :(

so, lely nak smbung stdy smula..:)

Apr 7, 2012

Ku Kejar HidayahMu YaRabb..

Hari berganti hari. Tanpa aku sedar aku semakin hampir dengan waktuNya..YaAllah..jika sebelum ini terlalu banyak yang aku minta dariMu...namun hari ini hanya satu yang kupohon padaMu yaAllah..hanya satu.. Jika sebelum in aku sering berharap agar Kau panjangkan umurku...Kau berikan aku insan terbaik dalam hidup ini.. Namun hari ini aku jelas dengan situasi ini,,maka aku hanya berharap satu....bila jua dan dimana jua kau ingin ambil nyawa ini YaAllah..tapi biarlah dalam REDHAMU..aku mohon keredhaanMu YARABB...aku rindu kasihMU...

Hari lepas, hidup ini terlalu dipenuhi dengan pengisian  yang dipanggil DOSA. Aku lupa, alpa, lalai dalam menimbang dosa dan pahala. Jika bertanya hari ini, apa yang terbaik pernah aku lakukan didunia ini ?
YaAllahhhhh...kau ampunkan lah hambaMu ini, kerana aku langsung tiada jawapan untuk itu............ aku hina..

Maya : Apa dosamu Lely ?
Lely : Aku gagal terhadap tanggungjawabku..
Maya : Apa tanggungjawabmu Lely ?
Lely : Sebagai anak. Aku semakin jauh dengan ibu bapa. Aku mungkir janji...
__________________________________________________________


Bila mana kamu jatuh, saat mata tidak mampu lagi terbuka rasanya, saat nafas dadamu tak lagi tenang, saat hati menjerit diam, saat air mata menjadi terusan....?siapa yang kau cari, siapa yang kau damping? Biar semua ini langsung tidak ada yang lihat, tidak siapa pun yang tahu....lantas hanya biarkan batin yang menjerit..  ku pejam mata semula, agar jauh dari kekesalan...sehingga aku hilang dimimpi lain. Namun rindu tetap bertamu, dan saat mataku buka, aku kembali lemah..tiada daya...
"Lely nama siapa yang kau panggil saat ini ? dan pada siapa yang kau mohon untuk bantumu saat ini ?

Lely : Allah....Allah Ya Rabb...kau bantulahhhhh aku.....

____________________________________________________________

Yang berlalu , biarlah berlalu....
     Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang ? kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan didalamnya ? Lely, itu gila, itu bodoh. Jangan kau bunuh semangatmu dan halang kehidupan yang seadanya....Lupakan yang lalu...ikat kisah lalu itu.. Kerana bagaimanpun peristiwa tersebut, ia hanyalah sebahgian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah pun berakhir..

sahabat : terimalah kenyataan hidup ini Lely..
Lely :     saye tak mampu...
sahabat : awak sabar...saya sabar..

____________________________________________________________

Masa depan akan datang dengan sendirinya.....
      Allah berfirman : surah An-Nahl, ayat 1;
.......sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.......

Allah...Yang maha Mengasihani....jika sebelum ini aku terlalu yakin dengan meletakkan keyakinan itu pada seorang hambaMu yang hanya bergelar insan...yang lemah..yang mampu berubah bila-bila masa,yang sering melakukan salah,yang sering ingkar janjiMU...apa lagi janjinya terhadap manusia....YaAllah...bodoh rupanya aku selama ini..kuserahkan yakinku pada hambaMu yang lemah itu....namun bukan padaMu..sedangkan kutahu keEsaanMU..dan Yakinku harus jua padaMu...Astghfirullah....ampunkan aku yaAllah...bermakna aku tidak yakin denganMu ketika itu..dan itu jahilku.

.....Allahuma firlii khathi' atii wa jahlii waa isroofi fi amri wa maa anta a'alamu bihhii minhii...
"YaAllah..kau ampunkan lah dosaku dan kebodohanku, dan segala pekerjaanku yang melewati batas, dan hal-hal yang yang Engkau lebih tahu"...

__________________________________________________________

Jangan bersedih, Maafkan orang yang menyakiti kamu itu lebih baik...
   
     Qisas sangat mahal bukan Lely? dan tahukah kamu itulah yang harus dibayar oleh seorang pendendam dan pendengki. Namun mereka jualah orang yang menderita kerana dendam...
Sakit hati ini tak siapa dapat baca. It never cannot be measure how bad i felt that time. Mmg ada rasa nak bunuh die. Tp aku terbunuh diri sendiri. Maka aku lupakan dendam, aku lupakan sakit di hati, aku mohon padaMu Allah bantu ku dengan mengosongkan hati dari segala kebencian dan dendam...

Allah ada menyebut dalam surah Ali'- Imran ayat 134 :
......dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan ) orang...
Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang yang bodoh...(Al-A'raf:199)

....tolaklah (kejahatan) itu dengan baik-baik dan tiba -tiba oarang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah dia telah menjadi teman yang amat setia..(Fussilat:34)

Sahabat : awak kawan sampai bila-bila...saya akan bantu awak walau apepun yang terjadi..
Lely       : Terima kasih...

_________________________________________________________

Setelah lama berjalan, luas berfikir akhirnya aku sedar hidup harus diteruskan. Kerana tidak akan ada yang menjaga dirimu kelak hanyalah dirimu sendiri. Biar tiada yang menginginkan diriku nanti,yang menyayangngi ku, namun aku yakin denganMU yaAllah, kau lebih menginginkanku, kau lebih menyayangngiku..jika tidak kau  tarik aku dari kehidupan yang lepas, kau tidak tarik aku dari DOSA yang kusangka nikmat selama ini...ampunkan aku yaAllah....aku lalai..aku malu..dalam hina ku begini, kau masih mahu memandangkau.. Jika tidak kerana hari lepas, aku pasti..mesti aku masih belum cuba mengenalMu..mesti aku masih belum Yakin denganMU..sedangkan tiada dapat kunafikan segala nikmat yang ada didunia ini datangnya dari keEsaan MU yaAllah.....

Hati : Kamu siapa ?
Lely : Lely..
Hati ; kamu siapa ?
Lely : Lely...
Hati : Di mata ibu abah kamu siapa?
Lely : Anak....
Hati : Di universiti ?
Lely : Pelajar..
Hati : kamu siapa ?
Lely : ...........................

"yang mana akhirnya membawa kepada emosi senyap...kerana apa? kerana tida jawapan....masih terus berfikir biar tidak lagi disoal"....

Dan hari ini, aku rasa aku tahu jawabnya..bukaknkah aku seharusnya mengangkat jawapan "aku hamba Allah"? kenapa tidak sekali pun aku terfikir dari mana datangnya aku..YaAllahhhhh.....kau ampunkanlah hambaMU yang lemah ini......

sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang..Kau maha cinta..kau maha penumbuh rasa...syukur YaAllah....kerana hadirkan rasa sehebat ini.....

________________________________________________________

Tidak perlu aku perihalkan segala kisahku disini...cukup sekadar yang perlu..biar ada yang mengata dan mengeji mahu menjauhkan diri setelah hati ini mengambil jalan untuk dekat dengaNYA..biar ditinggal kawan-kawan, kerana mati ku kelak bukan bersama kawan-kawan dan tidak pula mereka yang membantu meringankan siksaan kuburku kelak..cukup mereka tahu, aku ingin keredhaanNya..bukan jua aku mahu bersifat POYO..gaya dan lagak sebaik ustazah, malah aku berusaha sedikit demi sedikit untuk dekat denganNya..teman-teman, apakah kita masih mahu menipu diri kita sendiri...menipu keluarga kita? cukup dengan dosa yang membebani diri kita...22 tahun aku hidup...tapi baru hari ini aku rasa keyakinan terhadapMU yaAllah.....masyaAllah...apa bodohnya aku?semoga hati ini terus istiqamah untuk berdamping dengan IMAANMU yaAllah...aku rindu kalbuMu...rindu...rindu yang teramat...dan kerana itu, aku harap aku pergi dengan redhaMu..biar tidak panjang umurku..biar tidak sempat kumiliki sesiapa..kerana aku tahu itu bukan rezekiku..cukup kurasai nikmat dunia yang kau cipta, tanpa perlu izin untuk ku guna...cukup semua ini...yang tak dapat langsung kunafikan....

Benar aku pernah tersungkur kerana seseorang...tapi Allah tak biarkan aku..biar menangis seteruk manapun aku, namun hatiku masih mampu bertahan kerana KIBLATNYA...syukur aku masih mampu membaca kalimahMu...dengan itu keredhaan hidup jua tersemat dalam....Allhamdulillah...kisah kita baru bermula..lindungi hatiku dari kekesalan hidup yaRAHMAN...lindungi tingkahku dari bongkak denganMu YaRAHIM...pimpinlah hatiku kearah kebaikkan...agar aku terus menjadi hambaMu yang mulia, anak yang baik, pelajar yang cemerlang, sahabat yang indah ;)

.....La khauf wala tahzan....innallaha ma'ana..at-taubah : 40
janganlah kamu bersedih, kerana Allah bersama kita...

Percayalah teman-teman, hidup cuma pinjaman dunia..selamanya kita diakhirat kelak..maka kau kejarlah hidayah Allah itu..bukan kau tunggu..."hidayah tak sampai lagi".......
SubahanaAllah.....Allah dah tunjuk banyak petanda..adakah kau masih mahu tunggu? bagaimana perginya kita tanpa sedar..rahsia Allah paling besar, mati dan jodoh. dan kalau mati lah yamg datang dahulu, mana hidayah kita? ada?
"oh, aku mati sebelum aku terima hidayah."
masyaAllah..dan itu lah namanya kau harus berubah..yakinlah..Allah menungguMu...dan kau berusahalah kejar hidayah itu..Allah sayang hamba-hambanya maka janganlah kita mempersoalkan kenapa nasib kita sedemikian rupa...jika teruk.. jika baik Allhamdulillah...kau insan terpilih.

...Rabbi la tadzarnii fardaaw wa anta khairul waaritsiin. (An-Nabiyaa 21:89)
.."Ya Tuhanku,janganlah Engkau membiarkan aku hidup seoarang diri, dan engakaulah waris paling baik"....

sahabat..sambutlah tanganku ini...kerana aku ingin tunjukkan kepadamu perjalan hidupku yang 1000 erti..atas keEsaan Allah..dan ingin aku tunjukkan padaMu nikmat hari ini...tidak mengapa jika kau enggan..kerana aku yakin Allah sentiasa bersiap sedia untuk hambaNya..mungkin kau terima hidayah yang lebih baik ;)
sujudku padaMu....kau maha pelindung..bentangkan lah hati ini untuk ADDINMU....
.......Amin.....


Hanya Engkau lebih tahu inginku...
ku kejar hidayah Mu YaRabb........