Nov 21, 2010

bErbELanJa

Penduduk  Malaysia ?
berdasarkan  statistik  AKPK  rakyat  Malaysia  kini  berada  di  tahap  yang  tinggi  dalam  berbelanja.
Kebnyakkan  rakyat  Malaysia  terpaksa  berbelanja  lebih  dari  kemampuan  mereka.

Berdarkan  kajian  berikut ,
1-“Adalah dianggarkan 9 daripada 10 penduduk di Malaysia ini mempunyai hutang…”
- Abd. Aziz Ibrahim, CFP

2-“…25 % daripada jumlah orang yang diisytiharkan Muflis dalam negara ini adalah pengguna Kad Kredit…”
- Datin Fauziah Mohd Ramly,
Mantan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal
Undang-Undang,
Jabatan Perdana Menteri


3-"72% Pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja..."
- Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi Lembaga KWSP


4-79% Rakyat Malaysia Berbelanja melebihi 10% daripada pendapatan tahunan mereka...
Manakala 15% lagi berbelanja melebihi 40% daripada pendapatan tahunan mereka..."
- Kajian Oleh Mastercard Worldwide ke atas Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna


5- Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).
Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diisytiharkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.

dan  akhirnya  menyebabkan  ?
"Ramai yang tiada dana kewangan untuk hari tua..."
-Kajian Oleh CIMB Aviva

berdasarkan  fakta-fakta  di  atas  merupakan  satu  situasi  yang  berat , juga  sesuatu  yang  mengejutkan.
adakah  anda  ingin  meletakkan  diri  anda  dalam  situasi  sedemikian ?

cuba lihat  ini pula :-)
21 April 2009 | EKONOMI

RM1 Juta Tidak Cukup Selepas Bersara

JOHOR BAHRU 20 April - Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.


Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.


''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.


Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.
Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.


Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.
Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.


''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.
Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.


''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.


Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.
Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.
'

'Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.


Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau. 

Persoalannya sekarang, sudahkah anda menetapkan matlamat untuk menyimpan sebanyak itu bagi mengekalkan gaya hidup anda pada masa depan?

jika  tidak  sudahkah  anda  bersedia ?

dan, sudahkah anda menyediakan  pelan  dan  perancangan  kewangan  untuk  kos  sara  hidup  anda  dan  keluarga  ?


Tahukah  anda  cara   untuk  menguruskan  kewangan  dengan  baik  ?

anda boleh  melatih  diri  melalui :

  Pelan perancangan kewangan boleh dibangunkan menerusi pendekatan berikut:

Tetapkan matlamat anda.

Langkah pertama dalam pelan perancangan kewangan adalah dengan menetapkan matlamat kewangan seperti untuk membeli rumah, tujuan pendidikan anak atau keperluan selepas bersara.

Matlamat perancangan kewangan yang baik perlu dibuat secara lebih khusus, boleh diukur tahap pencapaiannya dan terikat kepada satu tempoh masa.

Matlamat itu mungkin boleh diubah mengikut keadaan, tetapi ia seharusnya menjadi faktor penggalak dan motivasi untuk meneruskan bajet dan perancangan kewangan.

Tahu ke mana wang anda mengalir.

Langkah seterusnya adalah melihat corak atau tabiat perbelanjaan. Tulis setiap butiran perbelanjaan yang dibuat untuk sesuatu jangka masa, contohnya perbelanjaan dalam tempoh dua bulan.

Jika mendapati anda berbelanja lebih daripada pendapatan, anda perlu menimbang untuk mengurangkan perbelanjaan ke atas barangan mewah atau perkara yang tidak perlu.

Apabila anda tahu ke mana wang itu mengalir, anda boleh mula membuat bajet dan mula menyimpan ke arah mencapai matlamat kewangan anda.

Peruntukan perbelanjaan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, pendapatan, tempoh masa dan corak perbelanjaan.

Bagaimanapun anda seharusnya menyediakan sejumlah wang atau simpanan bagi tujuan kegunaan di masa kecemasan seperti jatuh sakit atau dibuang kerja.

Jumlah simpanan bagi tujuan kecemasan ini perlu menyamai jumlah perbelanjaan anda untuk tempoh kira-kira enam bulan.

Menilai dan menyemak semula

Langkah terakhir dalam menentukan kejayaan sesuatu perancangan kewangan adalah dengan menilai dan menyemak semula pelan itu secara kerap.

Perancangan kewangan mungkin berubah apabila keperluan kita berubah apabila semakin menghampiri matlamat.

Jika anda mendapati agak sukar mencapai matlamat mengikut tempoh masa yang ditetapkan, anda mungkin perlu menilai semula atau mengubah suai tabiat perbelanjaan, atau menimbang menukar matlamat perancangan kewangan kepada yang lebih realistik.

Usia terlalu muda bukan alasan untuk kita tidak mula menguruskan kewangan.

Malah, ibu bapa perlu mengajar tabiat perbelanjaan yang baik dan kemahiran pengurusan kewangan kepada anak mereka.

Sebagai contoh, daripada memberikan barang permainan kepada anak secara terus, ibu bapa boleh memberikan anak mereka sejumlah wang saku bulanan sebagai ‘gaji’ kepada anak yang menyelesaikan sesuatu tugas, jadi mereka boleh menggunakan wang itu sebagai simpanan untuk membeli barang permainan berkenaan.

Dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih menghargai nilai wang dan pada masa sama menikmati pulangan daripada tugasan yang mereka telah selesaikan seperti membantu membasuh kereta atau menyiram pokok.

Selain itu, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bank-bank di Malaysia turut menerbitkan buku panduan ‘Menguruskan Wang Anda’ yang menyediakan banyak panduan berguna mengenai kaedah berbelanja, menyimpan dan melaburkan wang anda.

Sebaik saja anda boleh menguruskan wang dengan teratur, anda boleh mula melihat kepada cadangan melaburkan lebihan wang yang anda bagi memaksimumkan pulangan

Kebanyakan bank sekarang mempunyai pegawai perancang kewangan yang boleh memberikan nasihat yang dapat membantu anda cara terbaik melaburkan wang.

Sumber: Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM)

walaubagaimanapun ,,
            

                                                                  

Malangnya, lebih ramai yang berminat untuk mempelajari cara untuk mendapatkan wang tanpa terlebih dahulu berusaha mempelajari kaedah yang betul untuk MENGURUSKANNYA!

Maka tidak hairanlah jika hari ini kita biasa melihat semakin ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan biarpun mereka sebenarnya telah membuat lebih banyak wang!

Mereka sangka mereka telah membuat wang, sebaliknya tanpa mereka sedari dalam masa yang sama mereka juga telah membuat lebih banyak hutang!

Lumrahnya pada hari ini, apabila seseorang itu mulai memperolehi pendapatan atau wang yang banyak, tanpa mereka sedari perbelanjaan dan hutang mereka juga turut meningkat! Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila ada di antara mereka yang mendapati kedudukan kewangan mereka kini menjadi bertambah parah!

P/S  dari blogger ,,
berbelanja lah  dengan  bijak.

No comments: