Salam hati ke hati ya ukhti ;')
Lely kirimkan bunga bunga zikrullah buat kalian. baik yang sihat, yang tidak berdaya, mahu yang sedang berduka juga gembira ;')
Tiade apa pun yang penting update kali ini, cuma saat ini hati menari nari nak luahkan ape yang buat kite sebak. Kalau saja orang faham, kenapa kita macam ni, mudah kan. Tapi bukan lah Lely nak perihal luar dan dalam. Nanti dituduh yang bukan bukan. Tidak mengapa lah, selagi ada nyawa Lely simpan, Allah Maha Pengasih, andai Dia sedang membaca hati ini, Lely, pohon agar dilindungiNya dari hanyut oleh sebarang kehibaan. Be strong...
Dear awak,
Hening subuh kian terasa, riuh cengkerik kadang terdengar, buat saya rasa makin jauh kita pergi.
Jika dulu, ini lah waktu terbaik kita meluah rasa, tapi hari ini dan InshaAllah hari hari yang mendatang, waktu ini lebih tertumpu untuk saya, mungkin juga awak berbicara denganNya dari hati ke hati.
Dalam tenang yang diharapkan, tumbuh gundah yang menyesakkan dada untuk bernafas. Sudah hampir lama kita begini. Mohon petunjuk, agar segalanya berakhir, tanpa dendam, malah lebih ikhlas melepaskan.
dear awak,
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa
yang tidak mempunyai masa depan ."
I give you back this word. kenape?
Kalau dulu, bila mana saya langsung tidak mampu berdiri sendiri, saat sendiri meneruskan
hidup, saye terlupa, rupanya masih ada insan yg hadir dalam diam yang ikhlas membantu
saya. Tapi kerana degil, amarah, putus asa, saya pergi tanpa hargai bantuan tu. kejam.
Dear awak,
"saya jahat, sudi ke awak?"
Tak pernah terlintas dibenak hati ini untuk percaya kata-kata tu. Kerana yakin seseorang tu mampu
berubah, maka saya terus memilih untuk bersama, biar jahat pun, awak masih mampu buat saya
senyum.
Awak,
saya degil kan ;') saye pergi awak tarik. saye pergi awak tarik. saye pergi awak tarik. dan yang
terakhir, saye cube pergi lagi...sampai awak langsung tak tunjuk muka untuk tarik saya..Pengajaran
buat saya.
Dear Lely,
today you realized by all LOVE RULES right ? biar pemaaf mana pun kamu tika itu, tapi jika masih ada
amarah menumpang jiwamu, kau takkan bisa tenang sayang.
From now on, be careful,
walaupun dia tak tunjuk dia sayang kamu, tapi kamu takkan mampu hakimi hatinya. kamu bukan wali
yang mampu membaca hati orang. walhal dia sayang kamu sangat sangat.
so things you need to know now, get a life. Coz he is not for you anymore. And you not welcome in
his life anymore.
Agak agak lah kan, antara harap dan pinta, mane lagi mulia?
semoga Allah dengar doa aku.
kalau betul hidup ni dah tak lama, mungkin itu jua kita tidak dijodohkan. bimbang kau akan rasa
kehilangan yang lebih dalam.
p/s ; tiada kaitan mahu yg hidup jua sudah pergi ;')
keep tears, Lely.
1 comment:
npe sdih bnor pun lely...huhu
Post a Comment