Sudah hampir seminggu Adah dan Amer menjalani peperiksaan STPM. Untuk keselamatan, Adah memilih tinggal di hostel sepanjang peperiksaan berlangsung. Hal ini kerana, keluarganya bimbang akan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini ketika Adah berulang alik dari rumah ke sekolah dalam tempoh peperiksaan ini. Sedang Adah kusyuk mentelaah buku-bukunya, Adah menerima satu pesanan dari tel.bimbitnya.Kerana hairan dengan pesanan yang diterima, Adah bangun dan melihat dari siapakah pesanan tersebut. Baginya mustahil Amer menghantarnya message..sedangkan sudah menjadi habit mereka berdua, masa untuk berkasih time exam akan dikurangkan. Dan masa untuk bermessage sudah tidak kerap.
"eh gha msg la.."
"awak..saye nak mintak maaf.. sbnrnye ni bkn gha, awk sbnrnye msg ngn Nadia slame ni, saye curi nom awak dr fon Amer. maafkan saye ye wak..good luck for ur exam"
"siape die...." jauh di sudut hati, berbisik pada diri sendiri siapakah gerangan yang menghantar message ini sebenarnye/sedangkan nombor ini selalu message dengan Adah berbual bersama-sama dalam message. Pelik sangat...bukankah die gha? Kali pertama Adah terima message dari nombor ini ketika didalam bus sewaktu die bali ari kem motivasi pecutan terakhir. Memang masa tu, Adah pun tak tahu siape gerangan message itu, bila ditanya adakah itu gha, Tuan nombor itu mnejawab iya. Dan sahlah aku kena tipu dari nombor ini. Laju jari jemari Adah membalas message tersebut.
"siapa kamu sebenarnya"?
"Adah jgn mara ye bila sye gtahu. saye Nadia."
"hah?hey, ape awak nak sebenarnye dari saye ha?xpuas lagi ke awak ganggu saye?tolonglah. saye maafkan segalanya. kita da nak exam. tak perlulah awak ggu saya lagi"... Saye da lupakan sume ni....."
"eh, awk igt saye nak sangat ke ganggu awak, saye mesej awak pun sebab nak tahu tentang awak ngn Amer..kalo xbuat macam ni mesti saye trus tak tahu pape kan..haha"
Panas hai Adah dibakar dengan kata-kata yang tertulis didalam inbox mesejnya. Ternyata Nadia tidak pernah berhenti stalker Adah. Nadia perlu lakukan semua ini kerana Amer tidak lagi mendekatinya, dan Nadia perlukan semua ini untuk mencari jalan memisahkan Adah dan Amer. Sungguh kejam hati Nadia.
"sudahlah awak, cukup untuk pengetahuan awak, saye dan Amer bahagia. Apepun muslihat awak, saye tak kesah, kami selalu bahagia. Kami selalu berdua, minat yang sama, dan die tetap dengan saya."
Mungkin terlalu marah dengan kata-kata Adah telah menyebabkan Nadia memaki hamun Adah. Dengan tak semena-mena Adah dimaki oleh Nadia.
"hey. dasar perampas ! xsedar diri ! kalau da gatal tuh memang gatal . Memang aku tak salah, ko perempuan jahat Adah ! Amer tak layak untuk ko. Aku doakan ko takkan bahagia dengan Amer !"
Air mata cuma mampu tertahan, hanya menunggu masa untuk berlinang. Sayu hati Adah apabila dikata sedemikian. Lantas Adah hanya mampu berdiam diri, dengan membaringkan dirinya dan akhirnya memejamkan mata supaya hilang semua ingatan terhadap Nadia, dan juga cuba memadamkan amarah terhadap Amer kerana cuba memulakan semua ini. Kalau tidak kerana Amer cuba mengelak dari bermain api. ini semua tak mungkin terjadi.
Jam di telefon bimbitnya menunjukkan sudah pukul 4.30am, ini waktu Adah bangun untuk bersolat tahajud dan sunat. Seperti biasa ini adalah rutin harian Adah, kerana dia perlu melakukan semua ini untuk kebaikkan dirnya, selain dari itu, sudah menjadi kebiasaan Adah untuk memperuntukkan masa mengulangkaji pelajaran selepas solat 1/3 malam.
"baby..study taw..I love u.."
"ea..rajin anje bangun pg ni?"
"hehe saje je..ni pon nak tido alek.. ;-)"
"uhm pape lah..anje, igt x lg syg penah tanye ni nom sape? 0137xxxxx ?"
"ahh, no sape ea syg?
"Nadia. Thanks la sebab jawab xtahu kat syg artu."
"syg, anje mmg xtaw la. Anje xde no celcom die.. da la syg, ignore je lah die..die message ape je?"
"macam2. Paling baik die doakan kite xkan bahagia. Da la, syg nk study..bye."
"bye syg. maafkan anje.."
...................................................................................................................................................
Sudah menjelang minggu kedua peperiksaan STPM yang Adah jalani. Subjek sejarah semakin menghampirinya. Bagi Adah, subjek sejarah merupakan subjek yang perlu dia score, kerana sejarah merupakan minornya di kelas 6A2 itu. Seali laguAdah diganggu, bunyi vibrate handphone meganggu konsentrasinya terhadap konsep pelayaran dan penjelajahan."siapa pula ni"detik hatinya...
"awak..awak buat ape.."
"hey nak ape lagi perempuan ni...uhm..ignore je lah.." Langsung tak dipedulinya msg dr Nadia. Adah menguatkan dirinya untuk terus sambung belajar,tanpa mengambil peduli dengan msg Nadia.
"awak, Amer ade cite tak die janji ape dekat saye?"
"awk nak cite ape ni Nadia...saye tak campur pape pun antara awak dan Amer. maaflah"
"senangnye awk cakap...hehe, awak, kalaulah sekarang ni yg sebenarnye saye ngn Amer same sayang tapi terpakse berpisah sbb awak, macma mane ea???"
"??what???uff fine, whatever, just say wut u wanna say. If true is this, i will let him go , and let you and him be a caouple again. saye bukan sape-sape pun. Mlah tak berhak keatas Amer, ape lagi nak menghalang Amer. Kalau betul awak sayang die, awak teruskanlah..saye boleh undur diri.."
"wah..betl ke ni awak..macam mane pulak kalau saye dengan Amer sebenarnye ad something special lagi..uhmm couple ke??"awk still syg die??"
"sayang...awak...if anything happens, i still love him. No wonder how it will be, i dont mind if he got someone r what, cuz i know, he also love me, and our trust will never broke our love. I will try put harder on my effort in loving him. ape pun terjadi, saye tetap sayang die. saye tak kisah. saye tetap sayang die. Maafkan saya N adia."
Adah terus ditemani air mata..sebak didada tidak lagi tertahan. Kali ini tiada apa yang dapat menahan air matanya untuk terus mengalir di pipi mulusnya. Namun jauh disudut hatinya, meminta agar dirinya untuk terus kuat mengahadapinya. Telefon bimbit yang masih didalam genggamannya dilepaskan, dan terus ditinggalkan dari meja studynya. Adah terus mengatur langkah ke bilik air, dan mengambil wudhu' untuk bersujud kepadaNya. Adah tidak mahu menyesal kerana terus mencintai Amer, kerana Adah yakin, semuanya pasti akan pulih seperti sedia kala. Bagi Adah ini cuma dugaan untuknya, dalam menguji kekuatannya.
"YaAllah..aku mohon petunjukMu Ilahi, jika benar ini pilihan ku, dekatinya Yarabbi. Jika Benar insan bernama Amer ini jodohku, dekatkan hatinya dengan hati hambamu ini. kau sinarilah kegembiraan, pudarkan kebencianku terhadapnya YaAllah, kerna anku masih perlunya ..bantu aku yaAllah...Jadikan dia teman hidupku,kekasihku,sahabatku,suamiku. restui kami yaAllah...amin.."
Dalam sendu, sayu, Adah tertanya mengapa semua ini masih terjadi..Adah bimbang jika dirinya tidak cukup kuat untuk terus bermain dengan permainan in. Sedangkan hampir setiap hari Amer mengatakan cintanya pada Adah jujur ikhlas, dan hampir setiap hari Amer memujuk Adah untuk melupakan semuanya, atau memang Adah silap dalam percaya cinta Amer???
...........................................................................................................................................................
"anje minta maaf, sebab buat syg depressed dalam exam ni. anje xsgke Nadia akan buat sampai mcm tu sali.."
"sudah lah anje, syg xmau ckp ttg ni, syg nk exam. Mgkin kite perlu seperate sementare waktu..."
"anje xmau syg,plz..kite lupekan Nadia, die mmg da takde pape dlm hdp anje"
"ea..syg percaye..."hanya ini yg mampu Adah balas..dengan hati yang terluka, Semuanya menjadi tawar...
Semakin Adah cuba mendiamkan diri dari Amer, semakin jauh juga Amer menyepikan hatinya untuk Adah. Adah semakin bimbang dengan sikap Amer yang sudah mula bertingkah laku seperti itu. Mungkin Amer bosan dengan sikapku yang sering moody, melarikan diri dari kesedhan antara die dan Amer???? yaAllah..apa yang aku da lakukan..aku telah mengabaikan hubungan ku.......
Sebulan sudah berlalu, akhirnya peperiksaan berjaya ditamatkan, walaupun Adah jelas agak sedikit terganggu dengan sikap Nadia. Adah meneruskan kehidupannya dengan mencari pengalaman bekerja diKuala Lumpur. Begitu juga dengan Aner yang mengikut abang saudaranya merantau keNegeri utara untuk mencari pengalaman dalam berniaga. Hari demi hari masa yang diperuntukkan semakin sedikit, namun semakin sedikit masa mereka bersama, semakin kuat perasaan mereka dalam menjaga hubungan ini.Kata-kata manis tidak pernah lekang dari Amer untuk Adah. Walaupun kedua-duanya sibuk dengan pekerjaan masing-masing, namun tidak pula pernah timbul rasa marah, moody atau apa-apa pun yang boleh menimbulkan pertengkaran antara mereka. Selalunya mereka sering bergurau senda, walaupun cuma ada masa untuk berhubung dari pukul 12am-1am. Itu pun kalau Adah tidak kerja lebih masa sehingga 2am. Adah sangat gembira dengan kerjanya sebagai gadis pizza. Baginya terlalu banyak pengalaman yang dimilikinya dari hari itu.
**************
Kali ini Amer menghantar sms dengan berita yang sangat indah buat Adah. Sudah hampir setahun Amer dan Adah tidak bertemu. Kali terakhir bertemu ketika cuti penggal pertama sewaktu di upper6.. Bagai terasa mahu melompat-lompat Adah di Bar Restoren Pizza Hut itu.
"haa main mssg !! cakap madam kang !"
"shhh..sebok la nazri neh !"
"hahaha..asal kak??menang 4D ke?"sahaja Nazri, salah seorang staf disitu yang juga rapat dengan Adah mengusiknya. Nazri yang sebenarnya hairan melihat Adah yang tidak henti2 senyum sendirian selepas membaca message yang diterimanya.
"syg. anje da abes da niage kat sini. Anje igt sebelum balik johor nak jenguk syg dulu lah kat KL.."
"anje series !!!! ;-) :-) ;-) ;-) ... betul ke ni..yaAllah syukur... hahaha..syg sayang anje !!!"
"Puan, saye nak mintak cuti bole??"
"hey awak ni, baru keje da nak cuti.."
"ala..kak pah...bg la,Adah perlu sangat ni..soal hidup mati..satu ari je kak pah"
"hai??pandai panggil aku kak pah ??"hahaha..ea la..cuti la.."
"hah btl?? thanx kak pah !! iloveyou !" laju Adah menarik tangan kak Pah, supervisornya untuk disalam dan dicium tanda berterima kasih atas pemberian cutinya.
*******************
"cuti ke ni syg"lembut suara Amer bertanya kepada Adah.
"cuti lah, takkan nak syg kerja jugak anje da ade kat sini"
Senyuman manis Amer sekali lagi setelah mendengar jawapan manja dari Adah, perlahan tapak tangan Adah diraut Amer, dan menggenggam jari jemarinya untuk berpimpin tangan seperti kekasih - kekasih lain yang sedang berjalan berdua. Adah terus dipimpin Amer menaiki esculator untuk menuju ke tingkat atas.
"um ok syg nak tengok movie ape ?"
"ala..jgn la tanye syg, mane la syg taw..sygg ikot anje je ! hee" kerana tidak mahu memilih movie yang ingin ditonton, Adah membuat mimik muka yang sangat comel.
Selesai movie yang ditonton, Amer dan Adah melabuhkan duduknya di kerusi mCd. Seperti selalunya, Adah dan Amer memang sering memilih Mcd sebagai tempat untuk mengisi perut mereka. Macam-macam cerita yang dikongsi sepanjang BigMac dan Spicy McDulux dinikmati. Gelak ketawa telerai semuanya dimeja makan. Amer bersemangat menceritakan pengalamannya sepanjang diNegeri orang. Tanpa sedar, Amer mengeluarkan bungkusan dari begnya, lalu diberi kepada Adah. Dengan wajah yang sangat comel, Adah membulatkan matanya tanda menunjukkan reaksi terkejut setelah menerima bungkusan dari Amer.
"bukak lah "
"ape ni anje?"
"tengoklah..untuk sayang, anje kasi"
Dengan penuh cermat bungkusan dibuka, Adah tersenyum lebar, lalu diikuti dengan suara yang agak tinggi volumenya. "terima kasih !!!!"sedikit menjerit Adah setelah melihat selndang berwarna pink purple dan tudung awning hitam yang diterimanya. "thanx anje..ade jugak ea ole2 untuk sayang??hee igt da lupe tadi"
"igtlah syg..takkan anje lupe untuk syg ;p" sekali lagi Amer menyejukkan hati Adah.
Bagi Adah, Amer sudah cukup baik untuknya buat masa ini. Amer sering menunaikan permintaan Adah, tidak kira cepat atau lambat, apa yang Adah teringin pasti akan didapatkan.
******************************
"adek, result da nak keluar kan ?"
"agaknye..nape ma?"
"adek xpayah la keje lagi. Balik la kampung, xpayah lagi keje"
"lah nape pulak..bialah, adek suke keje ni"
"ma abah, risau, angah kate adek selalu balik lewat. keje letih2.."
"uhm abes tu duduk kampung tu nak buat ape?" Adah sedikit berkeras dengan ma nya, Adah cuba mengelak dari berhenti kerja, ea, Adah mengakuinya, keptusan periksa sudah hampir dekat untuk diumumkan. tp xbermakna die tidak perlu bekerja lagi, masih ada beberapa bulan untuk menunggu keputusan masuk ke IPTA. Namun, siapa lah Adah untuk membantah.
Hari ini merupakan hari terakhir Adah berada di Pizza Hut IOI MALL. Adah bekerja dengan bersungguh-sungguh, kerana tepat pukul 12am Adah mahu cepat-cepat keluar dari restoren itu. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi tradisi di restoren itu, siapa yang berhenti kerja akan dimandikan dengan sup cendawan dan air cuci pinggan. Teliti Adah mengamati screen cctvv didalam bilik grooming. Niat Adah ingin berhati-hati keluar dari pizza hut tidak berjaya. Kerana rakan-rakannya sudah bersedia lebih awal bersembunyi, dan menyimbah Adah dengan sup cendawan sejurus Adah keluar dari bilik grooming. Gelak ketawa bergemalai diruang dapur seronok melihat Adah yang kebasahan bersama sup cendawan. Adah hanya mampu ketawa, dan die sebenarnya memang terkejut dengan kejutan yang dibuat. Sesungguhnya Adah menganggap semuanya sudah berakhir, dan dia boleh keluar seperti biasa, namun belum sempat kaki melepasi bar section, sekali lagi Adah disimbah dengan air basuh pinggan pula kali ini. Riuh terus menghuni restoren pizza hut itu yang sememangnya membuat Adah berat hati untuk meninggalkan tempat itu...
"sayang jap lagi anje sampai KL taw."
"okey anje..jap je da nak sampai kan"
"sayang, anje da da sampai. jom kua date nak"
"hehe nak date mane?
'tah ea, nak pg mane ea by?"
"uhm TS? KLCC? MID ? hehe..ke IOI je?"
"ha kite g IOI je lah.. hehe ;-)"
Amer sampai semula ke Kl apabila dia terpaksa membantu bapa saudaranya menguruskan perniagaan. Sambil menyelam, minum air, Amer menggunakan peribahasa ini apabila dia dan Adah sudah sama-sama dekat. Adah yang kebetulan sudah berhenti kerja, sememangnya menpunyai lebih masa untuk keluar bersama Amer. Hari - hari Adah dan Amer keluar bersama untuk menguruskan hal perniagaan. Hari ini Adah dijemput oleh Amer dan bapa saudaranya di steten LRT BDR TASIK SELATAN. DIsini bermulalah perkenalan Adah bersama ahli keluarga Amer, walaupun hanya bapa saudara, namun bagi Adah dia sudah cukup segan untuk semua ini. Pajero milik bapa saudara Amer terus dipandu laju melalui terowong smart dan melepasi tol sungai besi. Agak kekok Adah diseat belakang, apabila Adah tidak berapa faham slang jawa yang terikat dengan bapa saudaranya.
"sihat pak cik?" Adah menegur kaku bapa saudara Amer, sekadar bermanis mulut.
"eh bukan pak cik lah ! wak. " dengan tidak semena-mena, belum sempat bapa saudaranya menjawab, Amer terdahulu mencelah pertanyaan itu. Amer membetulkan Adah yang mereka tidak menggunakan wak malah lebih selesa dengan panggilan pak cik.
"hehe biarlah die..die xbiase lagi la"
"maaflah, wak Man sihat?"
"owh, allhamdullillah sumenye sihat.. ;-)"
"nanti Adah tolong wak pilihkan stock ea, wak nak beli stock beg tangan buat jual."
"wah bestnye, hehe bole je wak, tapi Adah tak lah pandai mane ea wak."
Sudah penat memborong rasanya, wak Man bukan sahaja memborang beg tangan, malah jam, beg sekolah dan macam-macam lagi. Amer sudah membuat mimik muka, menandakan persoalan bila agaknya wak mahu pulang. Keran Amer mahu ruang berdua bersama Adah memilih barangya pula. Hampir seluruh chow kit Adah dan Amer tawan, semata-mata mencari barang yang boleh dibuat jual. Macam-macam yang dipilih Amer, sudahh mahu pengsan pun ada rasnya Adah menunggu Amer.
Sudah habis memborong di Chow kit, Amer mengajak Adah ke Jalan Tar pula untuk mencari beberapa kodi tudung yang dipesan ibunya untuk dijual. Sememangnya Amer memiliki minat yang besar dalam berniaga, tidak kira apa pun barang boleh dijual dan dibuat duit baginya.
"da..saye da penat la. awak pilih la mane-mane pun"
"eh awak, ini kan awak yang nak jual."
"saye mane la tahu perempuan suke nak pakai kaler ape. tolongla syg, pilih la untuk ibu. anje tak larat da syg.."
"eh yang ni pun cantik lah ! anje cantik kan yang ni"
"ha warne camtulah ibu mintak,amek xl saiz tudung yang tu kak"
"tak de lah dek, tu ade M je, owh ea? uhm.. ha syg amek lah yang tuh, bli la jugak untuk syg"
"ha?syg bole amek jugak ke anje?"
"ambillah, cantikkan syg...." mata terus bertentang disimpul bersama senyum yang indah bahagia bersama...
Sepanjang Amer di Kuala Lumpur, hampir setiap hari mereka berdua menghabiskan masa berdua..Tempat wajib yang dikunjungi sudah semestinya lubuk-lubuk perniagaan. Dalam masa yang sama, Adah terpaksa menemani Amer bertemu dengan supplier untuk memulakan perniagaan mereka. Masih segar terbayang diingatan Adah ketika menemankan Amer bertemu dengan suplier chocolate, selepas habis perbincangan, Adah dan Amer berpisah begitu sahaja. Amer yang ingin menghantar Adah pulang ditolak pelawaannya, kerana Adah yang segan dengan abang sepupu Amer dalam kereta bapa saudaranya. Dan akhirnya Adah ditinggalkan tanpa apa-apa kata dua oleh Amer.. Adah hanya terduduk setelah melihat kelibat Amer hilang, dan menitiskan air mata setelah Amer tidak lagi kelihatan. Ditu berakhirlah pertemuan dan hari terakhir mereka berjumpa. Kerana selepas ini Amer tiada lagi urusan dikota,,dan hanya perlu menguruskan kerjanyanya dikampung.
Dikampung Adah hanya menghabiskan masa menjaga rumah dan sebagainya. Sudah hampir 3bulan Adah dan Amer tidak bertemu. Kali ini tingah laku Amer benar2 berubah bagi Adah. Amer sudah seperti kurang melayannya.
"Anje nape,,macam ade masalah je"
"xpape lah..."
"bohong..syg tau anje mesti ade pape,macam hiding something je.."
"xpapelah..xbosan ke mssage je?"
Tak dinafikan Adah agak tersentap dengan kiriman message Amer yang sedikit kasar. Namun Adah cume mendiamkan diri, Adah cume menantikn message dari Amer seerti biasa, walaupun Amer hanya sambil lewa membalas messagenya.
Petang itu seronok Adah dan Amer bercerita tentang papadom. Amer memberitahu Adah yang dia sangat suka akan papedom, tapi malangnya Amer selalu menggoreng papedom sehingga hitam rentung. Kerana tidak pandai menjaga api, makanya, Amer tidak lagi menggoreng papadom sendiri. Adah hanya tersenyum mendengar cerita Amer, dan Adah telah terfikir sesuatu untuk membahagiakan Amer semula dalam hubungan ini. Sepanjang dilema Amer yang serng berubah angin ini, Adah sering berusaha untuk memberikan kebahagian kepada Amer.
"yes ! wah da macam IKS plak aku n kan..hee..get ready to post office!"
"hai syg..buat ape tuh"
"xwat pape pon..by nak alamat kedai bole?"
"nak buat ape?"
"saje je,,nak dtg kedai anje..hehe..kalo sayng tibe2 muncul depan kedai anje,,cane?"
"haha pengsan!"
*********************************************************
5days goes...
"syg banyaknye !!!!!!!!"
"hee suke tak ;p?"
"anje suke !! thanks sayng..besar2 plak tuh papadomnye !"
"hee..cantek kan..sweet je..syg gowengkan tok by, sian anje goweng sndiri tak pandai.."
"wah ni anje jage kedai mam papadom je lah ni !"
"haha.."bermula dari saat itu,selang dua minggu bekalan papadom akan dipos ke kedai Amer, kali ini Adah mencuba belajar membuat kek coklat span, dan siap je kek, Adah pos pade Amer.
"thanx ea syg..sedap kek syg buat..byk pulaknye"
"hehe..bg la kat orang lain sikit.."
"eh janganlah, ni syg buat untuk anje. xmaula.nak simpan. sehari makn satu je..t abes cepat.."
"hahaha.."truk punya laki..
****************************************************************************
"aish..mane ni..asek tk balas msg je.."sudah bermacam2 gaya kuak lentangh yang Adah lakukan, namun msj yg ditunggu tidak kunjung tiba. Entah kenapa sejak akhir2 ini Amer moody kembali. Tidak dipedulinya lagi perasaan Adah. Kali ini lebh menyedihkan Adah, kerana, kerana boleh dikatakan dalam satu hari Adah cume menerima satu sms, atau mungkin tiada langsung. Dan segla usaha Adah untuk berceloteh dengan lebih menggembirakan Amer, langsung tidak dipedulikan. Malah ade saja yang tidak kena Adah pada pandangan Amer.
"Aduh..ape lagi salah aku..."
"anje..syg ade buat salah ke?"
"anje balas la sms syg....."
jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.30 malam....
"selamat malam. anje tidur dulu. leteh."
cume ini yang Adah terima hari ini. ptutkah Adah gembira atau bersedeh menitiskan air mata?
lewat tengah malam itu, Aina dan Adah berchatting berdua. Mereka merancang sesuatu untuk surprisekan abgnya dikampung.
"Aina, akak igt nak trun johor la.."
"ha boleh2..mari lah kak, t kite leh jumpe..nak bgtaw abg tak ?"
"eh jgn dulu lah..t bia kak gtaw abg..kite wat surprise nak ???"
"kemas umah..kemas umah..ade orang nak datang..."
"aina dan adik2nya hanya mentertawakan gelagat abangya..padahal mereka sudah tahu akan kunjungan Adah kerumah itu nanti.
"anje,syg naek bus pukul 10pg taw.."
"ha..okeh sayang..anje nak kemas umah dulu ea.."
sudah hampir 2jam perjalanan dari kuala Lumpur ke johor dilalui..sudah dua tiga kali Adah tersedar dari jganya, tapi masih juga belum tiba ke Larkin..
"anje,syg da sampai kat yong peng lah..bus ni memang benti sini ke?"
"hah??yong peng ?alamak,anje tak siap kemas umah ag lah."
"lah tak pela..bukan ape sangat pun uma tuh..sayang je pon.."
"syg tunggu ea, anje kemas uma ag siket.."
Hanya senyuman yang terukir apabila membaca mesej itu, Adah mula terbayangkan keadaan Amer yang sedang kelam kabut mengemas rumahnya..sehinglah senyuman itu berakhir apabila Adah tersedar bas yang dinaikinya sudah beraa di skudai...
"anje, syg rase syg da sampai lah.."
"owh ea?alamak..jalan jem la...anje tak sampai jb lg pon..syg tggu ea.."
ahha..again Adah perlu menanti.
"alamakkkkkk...sume orang da turun la..ni ke tempat aku kene turun?aku nak tuju ke mane ni?ah ikot aje lah ponggong cina ni.." kekalutan Adah telah emaksanya untuk terus mengikit langkah pemuda cina dihadapannya. Adah tidak tahu diman seharusnya die menunggu Amer. Memandangkan kawasan perhentian bas Larkin yang sangat besar, Adah meredah situasi tanpa memperdulikan apa-apa.
"uhmm.nak duduk mane ea..ha sane la..ade kosong..Adah memilih untuk duduk di kerusi menunggu bersebelahan dengan seorang perempuan yg berumur lebih kurang dengannya. Tiba-tiba Adah terasa seperti bayang-bayang manusia yang cuba mrapati kemukanya...Adah erus tunduk dan tidak mahu menoleh ke kiri atau kanan..kerana bimbang berlaku terjadi apa-apa yang tidak diingini berlaku..teringat Adah akan pesanan Amer supaya berhati-hati..keran di perhenian bas Larkin merupakan kawasan yang agak bahaya.
Lelaki tersebut makin merapati wajah Adah, terpaksa akur dengan keadaan Adah menoleh dan terkejut kerana seorang lelaki tua yang wajahnya sangat serabai dengan janggut dan misat putih meminta sedekah darinya..Adah menghulurkan sejumlah wang tanpa berkata apa-apa, dengan harapan lelaki tua itu segera pergi.
""mane anje ni..lame betol la... ;-(" sudah hampir 20minit menanti, namun Amer tidak kunjung tiba. Sekali lagi Adah terasa seolah-olah ada kelibat lelaki yg merapati ke tubuhnya. Dan kali ini Adah langsung tidak memperdulikannya kerana bimbang akan keselamatannya..sedikit demi sedikit adah mengesot ke kanan agar jauh dari lelaki itu..
"eh by jomla !"
"hah! suara itu ! lah anje ke..sayang igt sape tadi..haha"
"haha..pasan ade orang nak kaco die le tu.."
Bertemu kembali dua insan ini setelah lama berpisah..
************************************************************
Sudah hampir 4 hari Adah disana, kehadirannya disambut baik oleh seluruh ahli keluarga Amer. Adah dikenalkan dengan saudara mara terdekat Amer, Adah juga sempat bertemu dengan sahabat-sahabat Amer yang juga rapat dengan Adah. Semuanya seperti mimpi..perasaan Adah sangat gembira kerana kehadirannya diterima ramai..Dan yang paling membahagiakan apabila, Adah sempat dipelawa oleh Ibu dan Ayah Amer untuk berjemaah bersama-sama di masjid di kampungnya. Mlam itu Adah sangat bertuah kerana berpeluang bertemu saudara mara Amer, dan berjemaah bersama kaum keluarganya yang lain.
"Sayang nak makan nasi ke makan mekdi?"
"Tah ea, anje nak makan ape ?"
"Ikot sayang lah..ke nak makan laksa singapore?"
"ee tak mau la. tak sedap. tak suke. kite makan mekdi lah :)"
"ok kite makan mekdi ea '
"nah tiket pukul dua ptg, jap lagi da nak nake bus balik KL." seraya lemah Amer suara Amer menuturkan kan kata kata nya. Barangkali sedih akan dengan perpisahan yang akan dilalui sebentar lagi.
"sayu mata Adah melihat raut wajah Amer yang kelihatan sedih. Teringat akan Adah peristiwa malam tadi, sebelum pulang kerumah selepas bertemu dengan sahabat2 Amer, sempat Amer meraut tapak tangan Adah erat, dan mengeluh, "esok..sayang da nak balik" riak riak tidak gembira sudah ditunjuk awal oleh Amer.
"Anje,,, ade rezeki kite jumpe lagi ea.. jgn lah buat sayang sedih sama :("
Perlahan, tangan Adah dipimpin Amer..menuju ke platform bus yang menuju ke kuala lumpur. Semakin laju derap langkah Amer, semakin kuat genggamannya pada tangan Adah. Adah hanya mampu tunduk kerana tidak mampu menunjukkan wajah sedihnya.
"da bole naik ke bus ni anje?"
"dah kot sayang, da ramai orang ni..sayang da sampai bgtaw anje ea..hati-hati ea sayang"
"Insyaallah anje, terima kasih ea, anta sayang, kirim salam kat sume orang ea, "
"sayang, terima kasih ea, sebab sudi jugak datang johor demi anje, anje seronok sangat."
"tak pape lah.."
"i love you sayang"
"i love you too anje"
"dah pg naik bus, kang kene tinggal kang,"
lambaian demi lambaian dilepaskan, Adah mengabil tempat duduk yang sudah ditetapkan seperti di dalam tiket. Nasib Adah bertuah, seat yang diberi merupakan single seat, dan betul2 bertentangang dengan tingkap kaca yang membolehkannya berkomunikasi dengan tempat Amer yang setia menanti menemani nya sehingga bus bergerak...
1 message received
"sayang tengok bawah"
Adah dan Amer tersenyum lebar, apabila mereka masih bole melihat anrtara satu sama lain.
"sayang, jage diri..anje happy sangat sayang dtg, semoge allah cepatkan jodoh kita sayang, tak sanggup ase nye nak berpisah."
Laju air mata mengalir setelah mesg Amer dibaca. Lantas air mata diseka setelah Amer memberikan senyuman kepadanya, dan Amer membuat isyarat supaya jangan menangis kepadanya. Flying kiss dihadiahkan oleh Amer kepada Adah sebaik bus bergerak meninggalkan platform dimana Amer berada..lambaian yang tanpa henti oleh kedua-dua pasangan ini, sehingga samar samar dan tidak lagi kelihatan..hanya air mata yang menemani perjalan Adah...
to be contineu in episod 4. Tunggu...hehe
Cerita hanyalah rekaan semata- mata, tiada kaitan dengan yang hidup, mahupun yang telah tiada.
Hasil penulisan adalah hak milik terpelihara blogger, sebarang plagiat boleh dikenal pasti, dan dikenakan tindakan. so beware ;p
~happy reading~
.......................................................................................................................................................